Saturday 30 July 2011

Biodata : Safee Sali Penyerang Negara ...






Mohd Safee Mohd Sali (lahir pada 29 Januari, 1984)
merupakan pemain bola sepak Malaysia yang bermain sebagai penyerang untuk Selangor FA.Dan Sekarang bersama Pelita Jaya, Indonesia 



Dia memakai jersi bernombor 10 untuk Selangor FA iaitu nombor yang pernah dipakai oleh lagenda Malaysia dan Selangor, ...allahyarham Mokhtar Dahari.


Dia merupakan anggota Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. *KERJAYA* Pemain kelahiran Kajang ini mula mencipta nama sewaktu bersama skuad Kuala Lumpur.










Ketajamannya melakukan penyudah dihadapan gawang membuatkan Safee antara penyerang tempatan yang digeruni pada musim 2004. Pencapaian terbaiknnya bersama Kuala Lumpur adalah membantu skuad The City Boys mara ke peringkat separuh akhir Piala FA Malaysia. Pada musim 2005,


Safee beralih angin ke Sarawak. Ketibaannya di Sarawak banyak membantu skuad bujang senang untuk mencipta beberapa kejayaan antaranya membantu Sarawak layak beraksi di Liga Super Malaysia pada musim 2006/07.


Ketajamannya melakukan penyudah mendapat perhatian daripada jurulatih bawah 23 tahun Malaysia pada ketika itu, Bertalan Bisckei. Bisckei menyenaraikan Safee untuk menyertai kejohanan Piala ASEAN Bawah 23 tahun di Bangkok, Thailand.












Pada kejohanan itu, Safee hanya mampu menjaringkan 1 gol ketika menentang Filipina sekaligus menyebabkan namanya tercicir pada Sukan SEA 2005 di Manila, Filipina. Musim berikutnya, Safee kembali ke Semenanjung Malaysia dan mewakili negeri kelahirannya, Selangor FA.


Safee membuat penampilan pertamanya bersama pasukan Malaysia ketika menentang New Zealand. Dia berjaya menjaringkan gol pertamanya untuk pasukan kebangsaan pada 23 Februari, 2006. Pada tahun 2007, Safee diberi peluang untuk beraksi di Piala Asia setelah disenaraikan untuk bersama skuad kebangsaan.












Namun, dia hanya membuat satu penampilan ketika menentang Iran dimana Malaysia tumpas 0-2. Safee sekali lagi dipanggil untuk beraksi bersama pasukan bawah 23 tahun kebangsaan. Kali ini untuk kejohanan Pesta Bola Merdeka. Pada kejohanan ini, Safee menjadi penjaring terbanyak kejohanan dengan 4 gol dan membantu Malaysia memenangi piala setelah menewaskan Myanmar 3-1.


Dia sekali lagi mewakili Malaysia di Sukan SEA 2007 di Bangkok, Thailand. Malaysia gagal untuk mara ke separuh akhir meskipun Safee berjaya menjaringkan dua gol penting pada kejohanan ini.


Pada tahun 2008, Safee sekali lagi beraksi bersama pasukan bawah 23 tahun kebangsaan pada kejohanan Piala Antara Benua 2008 di Malaysia. Pada kejohanan ini, Safee menjadi satu-satunya penjaring Malaysia sepanjang kejohanan berlangsung.










Dia menjaringkan ketiga-tiga gol ketika Malaysia tumpas 1-3 kepada Republik Ireland, menang 1-0 ke atas Iraq, dan ketika seri 1-1 dengan Nigeria. Safee juga mewakili Malaysia XI ketika menentang Chelsea dimana Malaysia tewas 0-2 kepada gergasi Liga Perdana Inggeris itu.




Sumber : Wiki
Read More ->>